Quantcast
Channel: Hikayat Budak Pening
Viewing all 303 articles
Browse latest View live

Dashing Deo + Perfume Body Sray Untuk Lelaki

$
0
0

Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka.

Terutamanya bagi mereka yang bergelar rider seperti aku. Pagi petang pergi balik kerja dengan motosikal akan membuatkan badan lebih senang dan cepat berpeluh dan berbau. Tetapi, menggunakan dua produk bagi memastikan kami tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar!

Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki seperti aku hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Kami tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi.

Pastinya lebih bagus dan ideal kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, thant’s the dream!

Semburan deodoran + wangian badan yang petama!



Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki, DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.

Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol! Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.

Semburan deodoran biasa selalunya hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari!

Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!

Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi

DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY variasai:



DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam variasai:

HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

ULTIMATEKICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.

SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

Dashing deo + perfume body sray untuk lelaki sebenar



DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian.

Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman Facebook DASHING di, https://www.facebook.com/Dashing.MY/ dan Instagram di https://www.instagram.com/dashing_my/.


Tentang WIPRO UNZA


Sejak tahun 1980 WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio yang luas sebagai jenama penjagaan diri dan produk isi rumah di pasaran Asia. Mempunyai ibu pejabat di Singapura, WIPRO UNZA telah mengeluar dan memasarkan jenama ke seluruh 50 wilayah di dalam Asia Tenggara, China dan kawasan lain.

WIPRO UNZA mempunya 24 jenama di bawahnya. Antara jenama terkemuka keluaran WIPRO UNZA adalah ENCHANTEUR, SAFI EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN.

Kebanyakan produk WIPRO UNZA kini berdiri teguh sebagai peneraju pasaran disebabkan jenama yang terhasil direka khusus dan dicipta untuk pengguna Asia.


Pilihan motosikal harian ke tempat kerja

$
0
0
Sekarang aku pakai motosikal Yamaha YZF-R25 untuk ulang alik ke tempat kerja. Sehari pergi balik dalam 80km dari Georgetown ke Kepala Batas penang, melalaui jambatan Pulau Pinang. Sejak mileage motosikal aku pun dah lebih 80,000 km, macam-macam pulak dia buat hal. Sekarang ni, dah mula timbul symptom valve sompek.


Cadangan bini aku, supaya aku tukar je ke motosikal baru. R25 aku tu dah teruk aku lenjan. Ride zaman bujang sini sana, siap dah pernah sampai valve pecah. Mungkin sebab cara pemanduan aku yang agresif kot.

Pilihan motosikal harian ke tempat kerja


Jadi, sekarang tengah survey-survey motosikal yang mungkin aku nak tukar dari R25 aku tu. Ciri-ciri yang aku pilih antaranya :

-250cc kebawah
-1 silinder (jimat servis minyak hitam, jimat mentainance untuk sparepart enjin)
-Bukan sport (sebab saja nak tukar selera dari R25)
-Motosikal yang sesuai letak box
-Motosikal sesuai pakai helmet fullface (sayang helmet fullface sebab hadiah dari isteri)

Maka berikut antara motosikal yang aku dah short list kan..

1. KTM Duke 200



2. Kawasaki Z250 SL



3. Yamaha FZ150



4. Modenas(Bajaj) Pulsar NS200



6. Honda RS150




Kalau korang macam mana?

Setelah Terlafaznya Akad | Rujuk Adalah Hak Suami

$
0
0

Setelah Terlafaznya Akad


Baru-baru ni dalam drama melayu “Setelah Terlafaznya Akad” lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose, timbul satu isu yang boleh mengelirukan para penonton dari segi pemahaman berkenaan talak dan rujuk.

setelah Hannan (lakonan Kamal Adli) menceraikan isterinya Nawal (lakonan Uqasha Senrose), semasa dalam iddah, Hanan ingin rujuk semula tetapi Nawal tidak mahu. Maka terjadilah adegan-adegan romantis Hannan yang cuba memujuk Nawal untuk kembali rujuk semula.

Hak rujuk adalah pada suami




Dalam islam, apabila bekas suami ingin merujuk semula dengan bekas isterinya yang sedang dalam iddah, pasangan tersebut dikira sudah pun rujuk walaupun isteri menolak untuk dirujuk. Makna kata, rujuk adalah hak suami, dan bukan hak isteri.

Dalam kes drama Setelah Terlafaznya Akad ini, apabila Hannan menyatakan dengan lafaz bahawa dia nak rujuk dengan Nawal, secara automatik diorang bukan lagi bekas suami isteri tetapi sudah menjadi suami isteri yang sah yang sudah rujuk.

Kelemahan Drama Melayu


Ini antara kelemahan drama melayu yang aku Nampak sering mengabaikan perincian-perincian yang penting. Yang mereka tahu nak romantic 24 jam walhal bab talak dan rujuk ini boleh mengelirukan masyarakat yang menonton.


p/s :
aku selalu keliru dengan nama watak Nawal dan Hanan. Sebab selalunya Hannan tu nama perempuan dan Nawal tu nama lelaki. Tapi dalam cerita ni terbalik!


Sumber dan rujukan :
1. Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2015 Dec 2). Garis Panduan Ber`Iddah Bagi Wanita Yang Bercerai Atau Kematian Suami. Dipetik dari http://www.islam.gov.my/rujukan/garis-panduan/124-garis-panduan-ber-iddah-bagi-wanita-yang-bercerai-atau-kematian-suami
2. Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2018 Jun 11). IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-229b : BOLEHKAH BEKAS SUAMI TINGGAL BERSAMA ISTERI SEMASA IDDAH?. Dipetik dari https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2459-irsyad-al-fatwa-siri-ke-229-bolehkah-bekas-suami-tinggal-bersama-isteri-semasa-iddah
3. Geng Muslim. (2018 Sep 26). Isteri Tiada Hak Utk Menolak Bila Suami Rujuk, - Dr. Maza. Dipetik dari https://youtu.be/NRk-dxgm7Pg

Cara claim kemalangan dari kenderaan tanpa insuran

$
0
0

Minggu lepas masa aku balik dari kerja, aku kemalangan. Agak teruk juga la. Moto R25 aku si #GadisBertudungBiru sampai pecah cover set fairing sebelah kanan. Aku pulak, merasa la naik ambulan ke hospital sebab disyaki kaki patah. Nasib baik lepas x-ray rupanya tak ada apa-apa.


Bertambah malang, kereta Volvo lama (yang body keras tu) yang langgar aku tu rupanya tak ada road tax. Tak boleh nak claim insuran dia la. Memang kena claim insuran sendiri la. Habis NCD aku.



Cara claim kemalangan dari kenderaan tanpa insuran


Aku pun cari kot-kot ada cara nak claim kemalangan kalau dilanggar kenderaan yang tak ada insurance. Ada tu memang la ada, tapi ada kelemahannya jugak kalau nak buat cara ni. Susah. Ada 2 cara kalau korang nak buat. 

Claim dengan MIB (Motor Insurers’ Bureau)



MIB ni biro yang ada dana khas untuk melindungi pengguna jalan raya yang dilanggar kenderaan yang tak ada insurans. Antara info tambahan pasal MIB ni adalah :

1. Claim MIB boleh buat sendiri atau melalui peguam.
2. MIB tidak terima kes langgar lari. Mesti tahu nombor plat kenderaan yang melanggar.
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
4. Jika kita lantik peguam dan mahu saman kenderaan melanggar itu, mesti maklumkan kepada MIB dalam 30 hari sebelum memfailkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan. Ganti rugi kenderaan, harta benda, kehilangan pendapatan dan seumpamanya  tidak dilindungi.
6. Jumlah bayaran ditentukan MIB sendiri

Nampak tak kelemahannya disitu? MIB Cuma boleh claim kecerderaan sahaja. Gantirugi kenderaan tak termasuk. Aku cedera sikit saja, motor yang teruk. Jadi, tak berbaloi la kalau nak buat.

Kalau korang nak buat, kena ada :

1. Surat kepada MIB mengandungi perincian kejadian, sebab tuntutan dan senarai dokumen.
2. Repot polis.
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
4. Laporan perubatan

Hantar dokumen di atas kepada:

Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma Piam
No 150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Faks: 03-2274 5910

Claim melalui saman mahkamah



Ni cara extreme sikit. Korang boleh saman ke mahkamah dan minta ganti rugi terhadap pesalah/pelanggar tersebut. Tu pun kalau korang memang tak bersalah la dalam kemalangan tu.

Cara nak saman ni datang daripada seorang peguam bernama Nor Zabetha. Ini cara yang beliau berikan :

1) Tangkap gambar kereta yang melanggar, tangkap gambar kereta kita (untuk simpanan peribadi atau sebagai rekod sendiri walaupun selepas laporan polis, polis akan tangkap gambar. Lebih elok jika ada rekod sendiri).

2) Tangkap gambar/ salin no plat kenderaan yang melanggar.Maklumat no.pendaftaran penting sebab perlu buat carian JPJ untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan pemilik kenderaan.

3) Tangkap gambar roadtax pelanggar (untuk pastikan roadtax/insurans masih ada untuk kita tahu tindakan seterusnya seperti memasukkan dalam report polis)

4) PENTING!!!- Minta nombor telefon dan nama pelanggar-nama penuh, kalau dia hendak berikan kerjasama minta nama dan nombor kad pengenalan. Kita boleh menyaman pemandu dengan informasi yang cukup. Kalau dia enggan terpaksa kita ambil tindakan terhadap pemilik.

5) Buat laporan polis bagi kemalangan dalam tempoh 24 jam. Polis akan tangkap gambar kemalangan dan membuat laporan penuh serta lakaran kemalangan.

6) Hubungi pihak insurans anda.

7) Sekiranya pelanggar tiada lesen atau insurans. Anda selesaikan urusan pembaikian dahulu. Lantik peguam. Mulakan tindakan di mahkamah. Selepas dapat perintah untuk pelanggar membayar oleh mahkamah (penghakiman) mulakan tindakan untuk membankrapkan atau menyita atau lain-lain.

Kalau aku nak buat macam ni, memang banyak cerita pulak nanti siap nak bawa kes ke mahkamah. Banyak kerja pulak. Hmm.. last2, aku terpaksa calim insurance sendiri je. Sabor je la.


sumber dan rujukan :
1. Blogmazeer. (2018 Dec 13). Apa yang perlu anda buat jika kenderaan dilanggar pemandu tiada lesen dan cukai jalan tamat tempoh? peguan ini ajar cara selesaikan, jangan panik ok!!. Blogmazeer.com. dipetik dari https://www.blogmazeer.com/2018/12/apa-yang-anda-perlu-buat-jika-kenderaan.html
2. pandulaju. (2017 May 21). #ApaNakBuat: Kena Langgar, Tapi Kenderaan Tiada Insurans, Boleh Claim atau Tidak. dipetik dari https://pandulaju.com.my/apanakbuat-kena-langgar-tapi-kenderaan-tiada-insurans-boleh-claim-atau-tidak/
3. Nor Zabetha (2018 Jun 25). facebook post. dipetik dari https://www.facebook.com/zabetha/posts/10214041104214922

Random Picture

$
0
0
Dulu dalam entri aku yang bertajuk "Wishlist" dan "Aku dan fotografi", aku ada share minat suam-suam kuku aku dalam bidang fotografi. Malah, aku hampir nak beli DSLR masa zaman kamera tu tengah trending, zaman aku student USM dulu. 

Dan baru-baru ni pula, adik aku dah beli DSLR. Sejak tu, rajin jugak dia keluar outing shoot gambar. Walaupun kamera beginner dan standard lens, tapi gambar yang dia shoot bagi aku not bad la. boleh tahan. 

Random Picture


ni antara gambar-gambar dalam instagram beliau : 


abandoned kubota


demi sesuap nasi


long exposure


random insect


ray of sunlight


white fury

kalau korang nak tengok lagi, boleh ushar instagram beliau di @opiezack

7 perkara pelancong suka buat di Thailand.

$
0
0
Baru-baru ni buat julung kalinya aku Berjaya ke luar Negara ke Hat Yai Thailand secara sah! Kenapa secara sah? Sebab kalau diikutkan, sebelum ni aku dah pernah ke Thailand tapi secara haram. Naik sampan kat sungai golok ke munduk, Thailand zaman aku student USM Kubang Kerian dulu. 

sungai golok

Disebabkan ni first time aku travel keluar Malaysia, aku tak reti la nak buat cara backpackers. Aku pergi dengan rombongan ofis aku bersama travel agent, kami buat family day trip ke Hat Yai. Hebat tak? tengok la sapa pengerusi kelab kebajikan. (bangga jap. Heheheh)

wine village

7 perkara pelancong suka buat di Thailand.


Dalam bas, tourist guide aku ada cakap, selalunya pelancong bila masuk Thailand, ada 7 perkara yang diorang suka buat. So, aku nak share kat sini je la. Mana tau kalau ada yang teringin nak ke siam tapi tak tau nak buat apa.

1.Naik tuk tuk


anak aku naik tuk tuk rilex je.. bapak dia yang cuak lebih. 


Satu transportation yang wajib naik kalau di Thailand. Sekali naik 20 Baht

2.Massage




Aku tak massage. Malas. Kalau kat kaki ni sensitive sikit. Takut nanti dok tahan geli ja, tak bleh nak feeling sedap-sedap.

3.Makan


diner @ kai tod decha

Kat Thailand memang best makan. Tom yum sedap, street food pun sedap. Untuk tomyum aku makan kat Kai Tod Decha Halal Restaurant. Sedap la jugak.

Untuk street food aku makan kat Khlong Hae Floating Market. Boleh tahan

daging bakar harimau menangis @ danok

4.Shoping


kaysorn souvenir


Aku tak banyak shoping sangat sebab tak banyak tukar duit. Souvenir pun kebanyakannya makanan ja. 

5.Pantai




Kat Thailand memang terkenal dengan pantai Phuket yang cantik. Tapi kami takat area Hat Yai je.

6.Naik gajah




Naik gajah pun tak merasa, sebab kekangan masa

7.Nikah



Eerrr….. no komen. Hahahha..



Super power

$
0
0
Pernah tak terfikir, kalaulah korang diberikan pilihan untuk ada satu super power dari mana-mana watak fiksyen, super power yang manakah yang korang akan pilih? Tak kisah la watak anime/kartun ke, DC/marvel ke…

Super power


Ala, ni untuk suka-suka ja. Berangan kan free tak kena bayar. Kat bawah ni antara super power yang aku pernah berangan.

Super power untuk study


Masa aku bergelar student, aku kadang-kadang berangan nak dapat power macam naruto. Kuasa untuk buat “kage bunshin no jutsu”. Masa tu, power macam tu memang sangat praktikel kepada soeorang student.


Contohnya, masa nak study, aku hasilkan banyak clon, lepas tu sorang study 1 bab. 1 malam study dah boleh cover semua topic dalam 1 sem. Kira study last minit la ni. Senang hidup!


Super power untuk ride


Bila dah kerja, aku ride naik moto ke pejabat. Sehari pergi balik dalam 80km. masa tu, kalau hujan memang basah jugak la walaupun berbaju hujan. So waktu-waktu macam ni, berangan pulak nak dapat  power macam storm dalam komik x-men.


kalau nak hujan, boleh hold dulu kejap, sampai rumah atau ofis, baru bagi hujan. Lepas tu kalau ride tengah hari, boleh bagi mendung je. Tak panas masa ride.

Super power untuk bapak


Bila dah ada anak kecil pulak, super power yang aku berangan, nak dapat power macam mantis dalam komik marvel, yang satu kumpulan dalam team guardian of the galaxy.


Bila cukup waktu tidur, boleh tidurkan anak senang-senang je. Kan? Hahahahaha…

Korang macam mana?

Abang, ni cantik tak?

$
0
0
"Abang, ni cantik tak?"

Soal isteri aku sambil menunjukkan skrin telefonya yang tertera gambar seorang perempuan. Aku belek gambar tersebut atas dan bawah sambil cuba menghadam soalan isteri aku. Apa yang dia nak?



Jawapan yang tersilap


"Hmm.. Cantik la jugak." Balas aku. "Siapa perempuan tu? Kawan ke?" Soal aku kembali. 

"Eee... Abang ni. Biy tanya pasal baju la, bukan orang tu" Sambil dicubitnya aku.

Rupanya jawapan aku silap gais. hahahaha.. Mana la aku tahu yang dia maksudkan cantik tu, baju. Aku ingatkan tu gambar kawan dia. Adoiyai.. 

Jawapan yang betol


Jawapan yang harus aku balas sepatutnya macam ni : "Cantik. Nak beli online ke? meh abang bayarkan."

haaaa... betul tak?




p/s : lama betul tak update blog.. bersawang teruk. sampai inter-phase  dashboard dah berubah banyak, aku pun pening nak tulis entri.




Hadiah terbaik dan kurang sesuai untuk lelaki

$
0
0

Dalam asyik aku menatal* laman twitter, tiba-tiba aku terjumpa 1 tweet tentang promosi penjualan 1 set combo beg duit dan jam tangan lelaki. Ada seorang perempuan komen katanya kalau dia ada BF, mesti dia dah hadiahkan set kombo tu.

The best and the worst hadiah untuk lelaki



Bagi pendapat aku la, set tu adalah kombo antara the best dan the worst hadiah untuk lelaki. Hadiah yang mana satu the best dan yang mana satu the worst?

Hadiah kurang sesuai untuk lelaki – beg duit

Bagi aku la, beg duit ni hadiah yang paling kurang sesuai bagi sesetengah lelaki. Sebabnya, kalau korang hadiahkan dia beg duit yang baru, dia terpaksa buang beg duit yang lama semata-mata untuk gunakan beg duit yang baru tu. 

Ada sesetengah lelaki yang susah nak tukar beg duit. Dia sayang nak buang beg duit yang lama walaupun dah lusuh. Setia la katakan. Contohnya macam aku ni la. 

Hadiah terbaik buat lelaki – jam tangan

“As women can never have too many shoes, men can never have too many watch”

Jam tangan adalah hadiah yang terbaik buat lelaki. Sebabnya, untuk gunakan jam tangan yang baru, lelaki tak perlu buang jam tangan yang lama. Dia boleh gilir-gilir tukar jam tangan setiap hari. Malah, dia boleh simpan buat koleksi!

koleksi jam tangan aku

Lagipun, sekarang ni banyak jam tangan yang boleh ukir atau pahat apa-apa ayat yang kita nak. Kata-kata ke, nama ke, Tarikh ke, semua boleh. baru memorable. 

tarikh nikah

kata-kata

Sekali lagi aku ingatkan, ini Cuma pendapat aku. Mungkin lain lelaki ada lain pendapat dan preference. 


*Menatal : (Komp) menggerakkan paparan teks (baris demi baris atau halaman demi halaman) pd skrin paparan ke atas atau ke bawah secara beransur-ansur; [Kamus Dewan Edisi Keempat]


Antara Bobber dan Sportbike

$
0
0

Dah lama rasanya tak tulis pasal motor. Kali terakhir aku ride pun dah dua tahun lepas (rujuk entri ini). Motor Yamaha YZF-R25 aku sekarang ni pun tengah dalam perancangan untuk trade in dengan Yamaha MT-15 yang dijangka masuk Malaysia bolan November 2020 nanti. 


Downgrade dari 250cc kepada 150cc sbb nak rehat kejap dari dunia permotoran. Tumpu kepada keluarga dulu. Nanti lepas Anak dah besar sikit, kewangan pun dah stabil, baru nk angkat motosikal cc besar balik. 

Yamaha MT-15

Cumanya sekarang ni aku berbelah bahagi. Nanti bila dah ada masa dan komitmen kewangan dah okay sikit, aku berbelah bahagi nak beli moto yang mana satu. Antara motosikal jenis Bobber bike dan sport bike.

Antara Bobber dan Sport bike

Hidup ini selalu sangat membuat kita memilih antara dua kan? Antara keseronokan adrenalin rush layan korner dengan motosikal sport bike, atau ride rilex santai-santai layan makan angin dengan bobber. 

sport bike


Lepas aku angkat Yamaha YZF-R25, hati aku terus tersangkut dengan motosikal katagori sport bike ni. Moto yang paling aerodynamic. Moto yang dicipta untuk kelajuan tak kira di jalan lurus mahupun di selekoh.

Honda CBR650R

Kelebihan motosikal jenis ni, semestinya lebih laju, boleh layan korner sambil rasa adrenalin rush dalam badan. Contohnya yang aku tengah ushar sekarang, Honda CBR650R. Dengan bunyi enjin 4 silinder, fuh! Berdengung! 

Moto ni dia tak makan angin, tapi dia makan korner. hahahaha

Bobber



Tapi semenjak dua menjak ni, hati aku mula minat kearah motosikal jenis bobber. Motosikal yang kurang mementingkan aerodynamic kerana ianya dicipta bukan untuk kelajuan tetapi untuk ride santai rilex makan angin.

Harley-Davidson Sportster Iron 883

 

Kelebihan motosikal jenis ni, boleh ride slow sambil layan perasaan makan angin. Kalau nak bawak pembonceng pun tak menyeksakan. Contoh yang tengah aku ushar sekarang, Harley-Davidson Iron 883. Dengan bunyi enjin V-twin, fuh! bergetar!

Kawasaki Vulcan S

Contoh lain, macam Kawasaki Vulcan S. Yang ni walaupun Nampak lebih lawa dan harganya lebih murah, tapi aku kurang berkenan dengan enjin parallel twin. Bunyi enjin kurang sedap. 

Kalau korang pilih yang mana?


Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya

$
0
0


Sesekali aku blogwalking, terjumpa Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya ni. Si Misya ni buat segmen sempena ulang tahun blog beliau yang ke-10. Lantas aku terfikir sejenak. Eh, sama la! Blog Hikayat Budak Pening ni pun dah menjangkau umur 10 tahun dah! So, aku pun join la segmen ni. 

10 tahun Hikayat Budak Pening


Sejak entri pertama aku pada 24 November 2010 sampai la sekarang, dah nak dekat 10 tahun dah aku berblog. Sejak zaman student sampai la dah kerja, dah berkahwin dan dah ada anak dah pun. Dari nama blog "Pening" sampailah tukar kepada nama "Hikayat Budak Pening".

header pertama

Cuma sekarang ni entri dah tak published selalu macam dulu. Kadang-kadang je. Korang dah berapa tahun berblog?

Pengomen Pening 2020

$
0
0

Sedar tak sedar sekarang dah bulan November dah pun, lagi beberapa hari je lagi tahun 2020 nak habis. Semoga tahun 2021 lebih bermakna buat kita, dan semoga wabak COVID-19 berakhir tahun 2021.

Tahun 2020 ni pun blog aku ada beberapa kerat je entri yang tersiar. Aku kira tak sampai 10 pun, hampir separuh je dari angka tu. Tapi Alhamdulillah, masih ada yang sudi datang bertandang dan komen di entri-entri blog aku.

Pengomen Pening 2020

Dikesempatan ini, nak buat penghargaan sikit kepada pengomen-pengomen “pening” yang banyak komen kat blog aku sepanjang tahun 2020 ni. So, ini adalah top10 pengomen pening kat blog aku ni. 


1. MAMAPP pemilik blog MAMAPIPIE.COM 

2. DEAR ANIES pemilik blog ANIES♥YOU 

3. LITAH L pemilik blog THE RAMARAMAPENDEK 

4. DUNIA ZUMAL pemilik blog DUNIA ZUMAL 

5. MEINTHESWIM pemilik blog IN THE SWIM 

6. MA pemilik blog MIGIBOOO 

7. PARIDAH pemilik blog KARYA KU : PARIDAH ISHAK 

8. NOHAS pemilik blog ORANGBUKIT 

9. CIK TK pemilik blog BLOG CIK TK 

10. SITI YANG MENAIP pemilik blog SITI YANG MENAIP


Blogger yang rajin komen ni tak rugi kalau kita terjah dan komen di blog diorang. Mesti diorang akan balas kunjungan dan balas komen jugak. So, sila lah terjah diorang!


Pengalaman kena swab test covid-19

$
0
0


Dua minggu lepas aku ada makan kat restoran nasi kandar di Butterworth. Lepas 2-3 hari kemudian, baru aku dapat tahu yang pekerja kat kedai tu ada kes positif covid-19. Alamak! Maka merasa la aku kena buat swab test covid-19.

Pengalaman kena swab test covid-19

Sakit ke kena buat swab test? Sebenarnya tak de la sakit sangat. Sakit lagi kalau kena cucuk. Tak selesa tu ada la.. giler nak selesa kalau hidung kena jolok sampai 6 inci! Lepas hidung kanan, hidung kiri pulak. Aduh..


Lepas dia jolok tu, masa doctor pusing-pusing batang test kit tu, fuh, keluar air mata wei. Involuntary. Tak boleh nak control walaupun tak sakit sangat. Dia keluar mengalir macam tu je. Sabor je la.

So, buat korang yang belum pernah merasai pengalaman kena swab test, jaga la diri korang. Amalkan penjarakan fizikal. Elakkan tempat sesak orang ramai. Patuhi SOP.

Sebab bila kena jolok hidung, tak best wei! Hahahaha..

 

Top referral dari bloglist

$
0
0

Dah lama tak buat entri penghargaan buat blogger yang sudi letakkan blog Hikayat Budak Pening ni kedalam bloglist masing-masing. Jadi, setelah aku godek-godek google analytic, dapat la list beberapa top referral yang bila aku check, referral tu datang dari bloglist diorang.

Top referral dari bloglist

Kat sini aku listkan beberapa blog yang tersenarai dari carian aku dalam google analytic. Bagi yang tengah ada semangat nak blogwalking, sila terjah mereka. Hehehe.. 

BLOG CIK TK

KARYA KU : PARIDAH ISHAK






Mungkin ada lagi yang telah meletakkan blog Hikayat Budak Pening ni dalam bloglist masing-masing tapi tak tersenarai kerana kurang referral. Aku tetap ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menyokong blog picisan aku ni.

Thanks semua!

Suci dari haidh pada waktu asar dan isyak.

$
0
0


Aku pernah terbaca sebelum ni yang kalau perempuan sudah suci haidh pada waktu asar, wajib solat asar dan qada solat zohor. Begitu juga kalau sudah suci dari haidh pada waktu isyak, wajib solat isyak dan qada solat maghrib. 

Tapi kalau suci dari haidh pada waktu subuh, zohor, atau maghrib, cuma perlu solat waktu tersebut saja, tak perlu qada solat yang lain. 

Dalam erti kata yang lain, kalau suci dari haidh pada waktu kedua dari solat yang boleh dijamakkan (asar / isyak), wajib qada solat yang waktu pertama dari solat yang boleh dijamakkan (zohor / maghrib)

Tapi kenapa?


Hal ini kerana menurut imam An-Nawawi dalam kitab al-Tahqiq, waktu Asar adalah waktu darurat bagi solat Zuhur, dan waktu Isyak adalah waktu darurat bagi solat Maghrib.

Selain itu, para ulama memandang 2 waktu ini (zuhur dan Ashar / Maghrib dan Isya') memiliki keterkaitan dalam waktu, atau dalam istilah fiqih disebut dengan ‘tadaaaruk al-waqt sebab dua waktu ini boleh bergabung dibuat jamak.

Sebab itu kalau suci dari haidh pada waktu zohor, tidak perlu qada solat subuh dan kalau kalau suci dari haidh pada waktu maghrib, tidak perlu qada solat asar kerana dua waktu ini (subuh-zohor dan asar-maghrib) tak ada kaitan.  

Adapun hal ini merupakan pendapat majoriti ulama’, kecuali dari mazhab Hanafi. wallahu a'la wa a'lam.



Sumber dan rujukan

1.Umar Mukhtar Mohd Noor. (2019 Jan 28). Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-287: “Jika Habis Haid Waktu Maghrib, Tidak Perlu Qadha Asar Dan Zuhur”. Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Dipetik dari https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3061-irsyad-al-fatwa-siri-ke-287-jika-habis-haid-waktu-maghrib-tidak-perlu-qadha-asar-dan-zuhur

2.MustaqimJiwa. (2019 may 8). Soalan berkaitan fiqh nisa’. Twitter. Dipetik dari : https://twitter.com/MustaqimJiwa/status/1126045557376425984

3.Alkahfi. (2017 Dec 28).Apakah Perkara-Perkara Yang Diharamkan Kepada Wanita Yang Haidh Atau Nifas? Al Kahfi Services. Dipetik dari https://alkahfi.com.my/apakah-perkara-perkara-yang-diharamkan-kepada-wanita-yang-haidh-atau-nifas/

4.Fazlina. (2019 Nov 30). Normal ke darah beku semasa haidh? Fazlina.com. dipetik dari https://www.fazlina.com/2019/11/normal-ke-darah-beku-semasa-haidh.html




Review | Yamaha MT15 (Luaran)

$
0
0


Sudah hampir sebulan aku pakai motosikal Yamaha MT-15 ni. Jadi kali ni aku cuba untuk buat review motosikal naked ni. Mana tahu kot-kot lepas baca review ni, ada yang terus berminat nak beli sebiji. Kali ni, aku Cuma review bahagian luaran sahaja, tidak termasuk performance. 

yamaha MT-15 (baru keluar kedai)

Sebab sekarang aku masih lagi “dalam pantang”. Mileage pun baru 900++ km, tak cukup 1000 km pun lagi. Nanti bila dah lama pakai, dah bawak ride jauh, baru aku review performance motosikal MT-15 ni pulak. insyaAllah.

Review | Yamaha MT15 (Luaran)

Untuk sebagai gambaran, aku cuba compare spesifikasi luaran motosikal MT-15 ni dengan motosikal aku terdahulu, Yamaha YZF-R25. Antara yang aku perasan significantly adalah : 

Ketinggian tempat duduk

Berbanding dengan R25, MT-15 ni sangatah tinggi tempat duduk dia. Sampai aku yang tinggi 170cm pun kena jinjat bila nak naik MT-15 ni. Kalua ikut spesifikasi MT-15 ni pun, “seat hight” bagi motosikal ni adalah setinggi 810mm. R25 Cuma 780mm.

Tapi ketinggian ni cuma rasa bila dah berhenti, bila nak turunkan kaki, bila nak naik dan nak turun dari motor je. Bila dah ride, tak rasa pun perbezaan ketinggian seat ni.

Handle bar yang Panjang

Disebabkan aku dah terbiasa dengan motosikal jenis sportbike Yamaha YZF-R25, aku agak kekok bila bawa Yamaha MT-15 yang agak lebar bukaan tangan pada handle bar. Nak turun layan koner pun rasa pelik. Lagipun, motosikal jenis naked MT-15 ni bukan dicipta untuk melayan koner seret lutut. 

Lagi satu, aku nak mencelit antara 2 kereta pun aku dah tak seberani dahulu. Takut handle bar yang agak Panjang tu tersangkut kat side mirror kereta lain. 

Tapi, Kelebihan handle bar Panjang ni, posisi tunggangan akan jadi lebih santai. Terutamanya bila ride santai makan angin rilex-rilex sambal menikmati permandangan yang indah. Fuh, layan. 

Tiada tingkatan level heat indicator

Ini antara yang aku agak ralat sikit. MT-15 ada heat indicator tapi Cuma ada lampu yang menyala bila dah betul-betul panas sangat. Jadi kita tak tahu level kepanasan moto MT-15 ni takat mana bila ride.

Stakat tu dulu yang aku rasa spesifikasi luaran yang significan bila bawa motosikal Yamaha MT-15 ni. Nanti aku share dari segi performance pulak.

#GadisBertudungBiru dalam kenangan
welcome #GadisBerbajuBiru




Sumber dan rujukan

1. Hong Leong Yamaha Motor. MT-15. Dipetik dari https://www.yamaha-motor.com.my/portfolio_page/mt-15/

2. Hong Leong Yamaha Motor. YZF-R25. Dipetik dari https://www.yamaha-motor.com.my/portfolio_page/yzf-r25/?lang=ms

3. Boon Siew Honda. RS150R. dipetik dari https://www.boonsiewhonda.com.my/rs150r/

4. Moto Malaysia. Yamaha Y15ZR (2019). Dipetik dari https://www.motomalaysia.com/yamaha-y15zr-2019-price-specs-malaysia/

5. Hong Leong Yamaha Motor. YZF-R15. Dipetik dari https://www.yamaha-motor.com.my/portfolio_page/yzf-r15/

6. I Am A Biker. Yamaha MT-15 digital meter. dipetik dari https://www.iamabiker.com/avin/2019/yamaha-mt-15-review/yamaha-mt-15-digital-meter/

 



 

NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip

$
0
0


klik sini untuk penyertaan : NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip sebelum 31 May 2021

dah lama blog tak terupdate. dan dah lama juga tak join segmen dan give away. so, saja nak bagi blog berupdate, maka aku join la GA simple dari SYM ni. mudah je. jom sama-sama join! klik pada link kat atas tu. 



 

Selamat Hari Raya

$
0
0


Betul la kata Iman Troye, pejam celik, pejam celik dah pun tiba kita di hari raya. Cepatnya masa berlalu, tak sedar pun. Bulan Ramadhan tahun ni pun rasa macam pantas betul. Sedar-sedar dah raya. 

Jadi, saja nak update blog, sambil di kesempatan ini nak ucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin. Minal aidin wal faizin. 

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ

“Semoga Allah menerima (puasa dan amalan) dari kami dan dari kalian”

Banyak perkara penting yang berlaku sejak dua menjak ni, terutamanya kemelut yang melanda Gaza yang semakin menjadi-jadi. 



sumber dan rujukan

Rasni (2020 Mei 23). Banyak Salah Paham Arti Taqabbalallahu Minna Wa Minkum di Idul Fitri, Cara Benar Balas Ucapan Itu. Tribun-Timur.com  Dipetik dari https://makassar.tribunnews.com/2020/05/23/banyak-salah-paham-arti-taqabbalallahu-minna-wa-minkum-di-idul-fitri-cara-benar-balas-ucapan-itu.

Musleh. Doa Qunut Nazilah. Dipetik dari http://www.musleh.edu.my/index.php/doa-qunut-nazilah


Level Jawapan Persoalan Agama

$
0
0


Fuh, dah lama betul tinggalkan blog ni. Sekarang baru rasa nak update entri pasal persoalan yang dah lama aku terfikir ni. Perasan tak, kalau kita Tanya soalan pasal agama yang sama kepada beberapa orang ustaz, kadang-kadang kita akan dapat jawapan yang berbeza mengikut level ustaz tu.

Aku bagi contoh, soalan yang mudah saja. “adakah batal wudhuk jika bersentuhan dengan bukan mahram yang berlainan jantina?” soalan yang mudah, tapi kalau Tanya dengan lain ustaz, lain jawapannya. Antara jawapan bagi soalan ni  : 

Level 1 

Batal! 

(full stop. Jelas. Ringkas. Padat)

Level 2

Kita mazhab Syafie. Mazhab Syafie kata batal.

(masuk mazhab, tapi hanya Syafie sahaja)

Level 3

Mazhab Syafie kata batal. Tapi mazhab maliki dan Hambali kata tidak batal kalau sentuhan tanpa bernafsu. Kita mazhab Syafie. Jadi, hukumnya batal.

(ada penambahan info pandangan mazhab lain sekali walaupun masih menekankan mazhab Syafie)

Level 4

Mazhab Syafie kata batal. Tapi ada mazhab lain yang kata tak batal. Kita di Malaysia ikut mazhab Syafie, tapi boleh ikut mazhab lain kalau ada keperluan. Contohnya kalau tersentuh semasa melakukan ibadah tawaf, kita boleh ikut mazhab Hanbali dan Maliki yang mengatakan tidak batal wudhuk kerana sentuhan tersebut tanpa syahwat. Ini juga adalah pendapat mazhab Syafie yang marjuh (tidak kuat).

(ada peluang untuk ikut juga mazhab lain dengan bersebab)

Level 5

Berdasarkan petikan ayat daripada surah Al-Maidah ayat ke-6, 

……..dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan,……

Maka perkataan “sentuh” (laamastumu) dalam ayat tersebut dari segi bahasa membawa maksud “saling sentuh-menyentuh” yang menunjukkan jimak. Mazhab Hanafi memahami ianya membawa maksud bersetubuh bukan bersentuhan dalam erti kata kulit dengan kulit semata-mata.

Dan dari hadis pula, daripada ‘Aisyah r.’anha: “Aku pernah tidur di hadapan Rasulullah S.A.W. dalam keadaan dua kaki-ku di hadapan kiblat baginda (dan baginda sedang menunaikan solat), lalu apabila baginda hendak sujud, baginda memegang kaki-ku, lalu aku pun menarik kaki-ku (untuk membolehkan baginda sujud), apabila baginda bangun, aku lunjurkan semula dua kaki-ku tadi.” (HR al-Bukhari)

Dan ada hadis lain juga daripada ‘Aisyah r.’anha: “Aku kehilangan Rasulullah S.A.W. pada suatu malam di tempat tidur-ku, aku meraba-raba mencari baginda, lalu dua tangan ku tersentuh belakang kakinya, dan baginda di dalam masjid (sedang sujud menunaikan solat), kedua-dua kaki baginda itu ditegakkan, dan baginda membaca: “Ya Allah, aku memohon perlindungan dengan keredhaan-Mu dari kemurkaan-Mu, dan dengan kemaafan-Mu dari kemurkaan-Mu.” (HR Muslim)

Zahir dari kedua-dua hadis ini jelas menunjukkan Nabi S.A.W. pernah menyentuh ‘Aisyah r.ha. ketika baginda menunaikan solat. Demikian juga ‘Aisyah r.ha. juga pernah menyentuh Nabi S.A.W. ketika baginda menunaikan solat. Jika sentuhan antara lelaki dan wanita itu membatalkan wuduk sudah tentu Nabi S.A.W. akan membatalkan solatnya disebabkan wuduk baginda terbatal kerana baginda telah disentuh oleh ‘Aisyah.

Maka, berdasarkan 2 hadis diatas, nyatalah setakat menyentuh saja (tanpa syahwat) tidaklah membatalkan wuduk. Ini adalah pendapat mazhab Hambali, Maliki dan ahli feqah (fuqaha’) penduduk Madinah.

(berjela-jela)

Level kita?

Tak semua orang boleh menerima jawapan dari sesetengah level tersebut. Level jawapan ini kena bergantung kepada level orang yang menanya soalan juga. Jadi, kalau korang suka jawapan yang jenis macam mana? 


Rujukan

1. Norhasliza Shafi. (2019). Bila suami isteri bersentuhan ketika ada wuduk, batal atau tidak wuduk sebenarnya. Kashoorga. Dipetik dari https://www.kashoorga.com/bila-suami-isteri-bersentuhan-ketika-ada-wuduk-batal-atau-tidak-wuduk-sebenarnya/

2. Norsiah M. (2018). Sentuh Kulit Batal Wuduk – Pandangan Mazhab. Uito. Dipetik dari https://www.uito.org/2018/01/16/sentuh-kulit-batal-wuduk-pandangan-mazhab/

3. Muhammad Fathi Noordin. (2019). Al-Kafi #1118: Physical contact between husband and wife invalidate ablution?. Mufti of federal Territory, Malaysia. Dipetik dari https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3136-al-kafi-1118-physical-contact-between-husband-and-wife-invalidate-ablution

4. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2016). Al-Kafi #421 : Bersentuhan antara lelaki dan wanita ketika tawaf, adakah membatalkan wudhu’? dipetik dari https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1331-al-kafi-421-bersentuhan-antara-lelaki-dan-wanita-ketika-tawaf-adakah-membatalkan-wudhu

5. Kurau King. (2016). Part 20: Memahami Hukum Syariat dalam Islam (rajih dan marjuh). Dipetik dari https://kurauking.blogspot.com/2016/08/part-20-memahami-hukum-syariat-dalam.html

6. Surah.My: Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu. Surah Al-maidah, 5:6. Dipetik dari https://www.surah.my/5




Blog dan iklan

$
0
0


Memang dah lama sebenarnya aku seolah-olah berhenti seketika dari dunia blog. Sampai aku personal diri aku sendiri, layak ke aku bergelar seorang blogger? Hahaha.

Sejak aku baru buka balik blog aku, dan mula ber-blogwalking, aku mula perasan yang blog-blog kini tidak lagi seperti dahulu. Antara perubahan yang aku Nampak agak menonjol, blog kini lebih meriah dengan ruangan iklan. Terutamanya iklan dari google adsense. 

Blog dan iklan.

Bila aku perhati balik blog aku ni, Nampak “kosong” sangat dari sebarang iklan. Dulu ada la sedikit iklan nuffnang. Old school betul aku ni. Sekarang mana ada orang pakai nuffnang dah. Noob betol. Hahaha.. 

Aku rasa, semua ni berbalik kepada tujuan asal kita berblog. Kini aku berblog sekadar suka-suka, sekadar nak menulis. Tak mengharapkan pulangan dan habuan pendapatan dari blog.

Sebab tu sekarang ni aku pun dah buang semua iklan yang ada. Nampak “suci” sikit. Pageview, follower pun aku dah tak kejar dah. Kalau ada pembaca, adalah. Kalau ada orang yang nak komen, Alhamdulillah.

Apa yang korang harapkan dari blog?


Viewing all 303 articles
Browse latest View live