Alhamdulillah, sekarang aku sudahpun melapor diri untuk bekerja dia Hospital Pulau Pinang sebagai seorang ahli farmasi PRP (Provisional Registered Pharmacist) 2 minggu lepas. Sudah mula melangkahkan kaki ke alam pekerjaan.
Dan sekarang, setelah 2 minggu bekerja, aku rasa mungkin aku tak dapat aktif berblog macam dulu-dulu. Agak sibok dan penat dengan kerja. Pagi keluar lepas subuh merempit ke hospital (dalam pulau) dari rumah (seberang). Petang pun sama. Malam lepas isyak dah penat dan mengantuk.
Dulu lepas grad aku kurang aktif berblog sebab kekangan line internet. Sekarang mungkin bertambah kekangan masa. So, maybe blog akan lebih terabai. Kesian blog. Kurang perhatian.
Nak membalas kunjungan pun, maybe tunggu hujung minggu je. Tu pun kalau cuti. Biasa la, mula-mula kerja ni kan..
Apa-apa pun aku harap korang tak berkecik hati kalau aku dah kurang menjenguk blog korang semua. Semoga perkenalan kita dalam dunia blog ni tak hilang begitu sahaja..
Dan tolong doakan aku agar menjadi ahli farmasi yang berdedikasi, berintergriti.. ada masa nanti kita sembang lain.