Quantcast
Channel: Hikayat Budak Pening
Viewing all articles
Browse latest Browse all 304

Misteri Ikan Puyu

$
0
0

Kenal tak ikan puyu? bagi sesiapa yang kenal, kemungkinan besar masa kecil-kecil dulu mesti dia tinggal kat kawasan kampung yang berdekatan dengan sawah padi. Tapi tak ramai yang tau sebenarnya ada beberapa kisah mistik berkaitan dengan ikan puyu ni. Pernah dengar tak?

Ikan Puyu Penghalau Penanggal 



Cuba tengok gambar ikan puyu tu. Tajam kan sirip dia? Disebabkan ikan puyu ni sisik dan siripnya yang tajam, ikan ini antara ikan yang khabarnya ditakuti oleh makhluk bernama penanggal disebabkan duri yang terdapat pada sirip ikan ini.


Fungsinya sama seperti daun mengkuang yang tajam yang diletakkan dibawah rumah terutamanya oleh tok bidan semasa menyambut anak baru lahir, bagi menghalau penanggal semasa proses bersalin kerana khabarnya, uri bayi baru lahir ni makanan feveret penanggal.

Ini jugak antara sebab knapa wujud petua uri ditanam dengan paku atau benda2 tajam disebelahnya, dan beberapa pantang larang yang lain semasa menanam uri seperti tak boleh toleh ke kiri dan kekanan, tak boleh bercakap, dan sebagainya.


Puyu vs Lampam



Orang yang pernah memancing joran buluh di tali air (ban) mesti tahu kalau ada ikan puyu, mesti ada ikan lampam. Ibarat dua spesis ikan ini sentiasa ada bersama.

Sifat ikan lampam yang lembut, licin dan tidak tajam pula menjadikan ikan ini antara ikan kegemaran penanggal terutamanya isi perut ikan lampam.

Puyu penghalau gangguan makhluk halus


Selain itu, ikan puyu jugak turut dipedomankan dibela di dalam rumah yang selalu terdapat gangguan makhluk halus kerana rupa ikan ini yang tajam dan sifatnya yang tidak tidur, khabarnya makhluk halus susah nk kacau penghuni rumah yang terdapat didalamnya makhluk yang tidak tidur.

Kononyalah, mengikut pesan orang tua-tua. Antara cerita-cerita yang biasa didengar oleh budak2 kampung macam aku ni. Ada sapa-sapa lagi budak kampung yg nak tambah?

disclaimer : ini cuma aku yang aku pernah diceritakan masa aku kecik-kecik dulu oleh orang melayu tua-tua. kesahihannya, Wallahu a'lam

Viewing all articles
Browse latest Browse all 304